Berjuang Sampai Mati I Home

..tiada noktah dalam perjuangan,mati adalah suatu kepastian...


Harga minyak sepanjang zaman..

by SongkokPutih
Artikel  Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?

Harga minyak sepanjang zaman..
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)

sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

01-31/05-12/2008 - RM 2.52 (kenaikan RM 0.60) Pasti Selepas Undi

Nota : (ayat - ayat standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

Saudara,
Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?

Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.

Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.

Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana .

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Malaysia Boleh!!!!
Sekian. Salam.

* Tolong hantarkan informasi ini kepada kawan kawan yang anda kenali.Adakah kita harus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian?Orang lain hutang duit,kita sebagai rakyat Malaysia pula kena membayar ? Yang penting sekali, bukan setakat bayar sahaja,manakala nak bayar sampai bila ? Adakah ini akan berhenti ?............

Malaysia punya ciri negara polis atau komunis?


Azamin Amin

Tembakan peluru hidup ke arah orang ramai yang berhimpun, menghayun belantan kepada rakyat yang membantah kenaikan harga minyak dan tol,menyepak terajang juga membelasah penduduk tertindas serta setinggan dan menyumbat hidup-hidup tanpa bicara individu tertentu ke kem Tahanan kejam ala Guatanamoa Bay adalah sisipan contoh yang menimbulkan tanda-tanya umum sama ada Malaysia ini mempunyai ciri sebagai negara polis ataupun komunis?

Secara mudahnya negara polis boleh diertikan sebagai sebuah negara yang 'terlalu' menitikberatkan persoalan keselamatan dalam perjalanan pentadbirannya dan hakikatnya ialah cuba memastikan kelangsungan survival politik parti Umno dan Barisan Nasional di negara ini.

Kelangsungan parti pemerintah dikuatkan pula dengan pengurusan operasi pegawai Cawangan Khas (SB) yang begitu ramai dalam perkhidmatan polis dan peranannya semakin dicurigai malah dilihat sebagi 'alat' oleh parti pemerintah khususnya Umno untuk merisik dan mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat terutamanya yang menyokong pihak pembangkang.

"Sepanjang pemerintahan Umno, SB tidak ubah seperti polis politik yang digerakkan oleh ahli politik kerajaan," kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Saari Sungib.

"Mereka mengancam rakyat tetapi mereka juga menghasut rakyat. Dari sesi soal siasat saya semasa saya di Kem Tahanan Kamunting, saya difahamkan mereka menerima arahan daripada sayap Umno tertentu," katanya yang ditahan pada April 2001 selepas dituduh menggunakan cara militan untuk menjatuhkan kerajaan.

Ramai pihak menggesa supaya peranan SB dikaji semula dan ada antaranya mahu dibubarkan.

Peranan Polis cawangan khas mesti dibubarkan

"Saya menyeru supaya Cawangan Khas dibubarkan. Keganasan mereka semakin tidak terkawal," kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, S. Manickavasagam yang dipetik daripada Suara KeADILan.

"Kerajaan kata peranan SB ialah risikan keselamatan, kenapa pula kacau di ceramah? Mereka menjadi duri dalam daging di setiap perhimpunan aman, persoalannya ialah apa sebenarnya tugas mereka?" soalnya lagi merujuk insiden yang berlaku di Batu Burok Kuala Terengganu.

Peranan SB sering dipersoalkan selepas tamatnya konfrantasi komunis di negara ini pada 12 Julai 1960, lalu semenjak itu, campur tangan sayap perisikan polis itu dalam perkembangan politik negara sering menjadi sasaran kritikan dan kecaman aktivis politik tanahair.

Mengikut Saari, SB-SB berjumlah sekitar 20,000 ke 30,000 ini bergerak secara rahsia, terdiri dari pelbagai jantina dan kepakaran, memantau pergerakan individu dan kumpulan yang dianggap boleh membawa masalah keselamatan.

Menurut kajian dan pandangan bekas pensyarah sains politik, Universiti Kebangsaan Malaysia Wan Abdul Rahman Wan Abd Latif bahawa pemantauan SB begitu terperinci seperti tempat yang selalu dikunjungi oleh individu/kumpulan yang dimaksudkan, bahan bacaan yang dibaca, program televisyen yang diminati, laman web yang dilawati, surat-menyurat juga diteliti, perbualan telefon termasuk telefon bimbit dirakam, e-mail dan SMS dipantau.

"Malah secara umumnya tingkah-laku, cara hidup dan cara berfikir individu dipantau. Kadang-kadang saya terfikir, apa yang dibuat oleh individu berkenaan dalam tandas pun dipantau!" katanya dalam satu tulisannya dalam Harakahdaily.net

Beliau menambah aspek keselamatan dalam negara diburukkan lagi dengan wujudnya pelbagai Akta yang mengikat kebebasan asasi warganegara antaranya hak untuk bersuara, berpersatuan, untuk berdemonstrasi secara aman di kalangan ahli akademik dan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi misalnya semakin terhakis dengan wujudnya ISA, AUKU dan Akujanji yang katanya mengakibatkan hilangnya pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pensyarah dan pelajar serta rakyat amnya.

Biarpun begitu, akta zalim ISA yang menindas rakyat Malaysia selama ini telah pun diadili dan 'dimalukan' apabila Keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi RM2.5 juta kepada Malek Hussin, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dalam satu kes yang cukup bersejarah dalam konteks perjuangan menentang akta tersebut.

Negara komuniskah kita?

Hakim Dato' Mohd Hishamuddin Mohd Yunus mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi kepada Malek kerana penahanan salah 57 hari di bawah ISA dan dicederakan pada September 1998.

Bagaimanapun blog ketuaperusuh.wordpress.com pula beranggapan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara komunis terkawal berdasarkan beberapa fakta.

Antara ialah semua keputusan yang dibuat oleh pimpinan negara (walaupun tidak praktikal atau munasabah) adalah muktamad dan tidak perlu dipersoalkan.

"Perbincangan secara terbuka mengenai kuasa pimpinan tidak dibenarkan.Mana-mana pihak yang mempersoalkannya boleh diklasifikasikan sebagai membahayakan keselamatan negara dan boleh ditahan dibawah ISA atau Akta Hasutan. Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini," kata blog ini.

Blog ini juga turut menyamakan akta tanah di Malaysia dengan negara komunis apabila kerajaan boleh secara sewenangnya mengubah mana-mana status tanah atau menghalau mana-mana penduduk di atas tanah tersebut tanpa perlu membayar apa-apa pampasan kerana termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1966 yang diperbaharui pada 1996.

Ini termasuk dengan akta polis yang menyamai kaedah negara komunis apabila setiap demontrasi atau perhimpunan awam perlulah mendapatkan Permit Polis.

"Mana-mana perhimpunan yang tidak mendapat permit perlulah diselesaikan oleh FRU dan Polis secara keras. Permit tidak perlu jika perhimpunan awam tersebut dilakukan oleh Barisan Nasional atau sekutunya. Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini," kata blog itu.

Tambah blog itu lagi negara komunis biasanya mempunyai Parlimen yang tidak ada kuasa untuk menyiasat Perdana Menteri atau mana-mana Menteri atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa sama seperti yang berlaku di Malaysia.

Justeru sama ada negara ini merupakan sebuah negara polis, komunis atau demokrasi, maka biarlah ditentukan dan dihukum oleh rakyat dipeti undi! - mks.

Azamin Amin

KUALA LUMPUR,27 Okt (Hrkh) - Setelah gunung didaki, lautan direnangi, kutub utara selatan dijejaki, keliling dunia dengan berbasikal dan kereta menjadi realiti malah lebih hebat angkasa lepas ditembusi demi mengharumkan nama negara, kini 'Projek Penerbangan Solo' keliling dunia masih menjadi tanda tanya dan misteri.

Akhbar-akhbar tempatan pada April dan Mei tahun ini telah melaporkan projek yang khabarnya bakal memecahkan tiga rekod dunia kerana penerbangan solo ini akan merentasi 7 benua dan 150 negara dalam masa 120 hari dan merupakan jarak paling jauh pernah dilakukan.

Berbanding rekod yaang pernah telah dilakukan kali pertama oleh Wiley Post pada tahun 1933 yang hanya berjaya 'terbang' mengeliling dunia sejauh 15,596 batu sahaja.

Projek yang bersejarah ini yang telah dimulakan kempennya sekitar 2004 sepatutnya telah disempurnakan oleh seorang juruterbang muda Mohd Fairuz Sakirin, 31, pada Julai lalu kini menimbulkan tanda tanya kerana misi ini masih tertangguh biarpun jumlah kutipan dana dan tajaan untuk projek ini telah pun mencecah RM11 juta.

"Setakat ini kita telah kumpulkan RM11 juta dan masih memerlukan RM9 juta bagi melaksanakan projek mengharumkan negara," kata Fairuz yaang dipetik daripada sebuah akhbar 24 Mei lalu dan jumlah keseluruhan misi ini adalah RM20 juta.

Ramai pihak bimbang sekiranya projek ini hanyalah sekadar mengaburi mata penaja atau orang ramai yang banyak menyumbang sedangkan ianya tidak dapat dilaksanakan secara realitinya.

Dilaporkan sehingga kini Fairuz yang juga merupakan bekas Presiden Kelab Pemuda Umno Melbourne, Australia (2000-2001) belum lagi menjalankan sebarang latihan bagi tujuan tersebut walaupun wang tajaan telah pun diperolehi sebahagiannya.

Abdullah jadi sudi penaung projek misteri

Ada pihak khuatir projek atas nama negara ini, akan disalah gunakan dan dieksploitasi oleh pihak lain di masa akan datang untuk mengaut keuntungan dalam masa yang cepat seperti yang berlaku dalam misi yang kini tinggal misteri.

Lebih mengejutkan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi juga 'berkenan' dan sudi menjadi penaung kepada projek ini berdasarkan surat pejabat Perdana Menteri kepada Fairuz bertarikh 19 Oktober 2004.

Dibimbangi imej Abdullah menjadi semakin buruk kerana dengan nama beliau jugalah, penyumbang-penyumbang serta penaja-penaja telah 'rela hati' mendermakan dana bagi menjayakan projek misi mengharumkan negara ini malah difahamkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan juga turut terlibat dalam isu ini.

Siasatan segera dan badan pemantau haruslah ditubuhkan bagi menyelidiki projek yang menggunakan nama negara supaya tidak berlaku dan timbul unsur-unsur penyelewengan sama ada daripada wang penaja, kerajaan mahupun rakyat jelata bagi 'merealisasikan' impian pihak tidak bertanggunjawab di masa akan datang.

Pihak kerajaan juga sepatutnya mewujudkan satu tabung khas untuk Program Ekspedisi Misi Negara bagi mengawal perbelanjaan program-program atas nama misi mengharumkan nama negara. - mks.

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Hrkh) - Lakonan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sering kali menyuarakan slogan bahawa kerajaan sentiasa berusaha mengagihkan kekayaan dan menganugerahkan projek negara kepada ramai kontraktor untuk dimanfaat bersama ternyata hanya satu 'silap mata' yang akhir menimbulkan persoalan dan diragui banyak pihak.

Baru-baru ini Abdullah dibidas dan dipersoal kewibawaannya apabila menganugerahkan satu projek bernilai RM8 bilion untuk tebatan banjir di Lembah Klang hanya kepada syarikat Wijaya Baru Sdn Bhd.

Perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ketika menggulung perbahasan di Parlimen baru-baru ini yang kecewa dengan sikap PM yang pandai menyarankan tetapi gagal melaksanakan apa yang diucapkan.

"Adakah wajar kerajaan memberikan kepada satu syarikat sahaja, lapan projek yang bernilai lebih kurang RM8 bilion," katanya sewaktu perbahasan tersebut.

"Peliknya pula Tuan yang diPertua, surat permohonan Wijaya Baru ini diminitkan oleh Perdana Menteri pada 15 Mei 2006 pada pukul 10 pagi. Namun setelah 10 pagi diminitkan, 12 tengah hari yang sama telah dipanggil satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri meluluskan projek tersebut," katanya yang sangsi dengan tindakan kerajaan itu.

Sedangkan selama ini projek yang melibatkan ribuan jutaan ringgit, mengikut prosedurnya akan dilakukan secara tender terbuka dan bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan PM, kata Ketua Pemuda PAS itu lagi.

Sebelum itu beliau menyentuh berhubung buku Pelan Integriti Nasional (PIN) yang memperlihatkan ada garis-garis besar atau dikatakan dasar-dasar yang mesti diikuti dalam memperuntukkan satu-satu projek yang dirasakan penting dan bernilai bilion ringgit ini supaya dapat dilaksanakan dalam bentuk yang nampak ketulusannya.

Tidak adil beri projek RM8 bilion pada satu syarikat

Katanya lagi yang bimbang projek RM8 billion ini akan menemui kegagalan yang hampir sama dengan SMART Tunnel yang walupun sudah siap pun tetapi tahkala hujan datang dalam keadaan yang tidak diduga masih gagal berfungsi dengan baik dan alasan kerajaan tidak boleh bergantung dengan satu projek sahaja.

"Ada tujuh projek lagi dan projek ini, semuanya bernilai hampir RM8 bilion dianugerahkan kepada Wijaya Baru Sdn Bhd sahaja.Saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada pihak kerajaan, adakah syarikat ini ada profilnya?

"Bolehkah dipertanggungjawabkan profilnya? Ini projek yang bernilai RM8 bilion. Kalau satu projek yang gagal bagimana?," katanya lagi.

Inilah yang dinamakan 'walk the talk', dan bercakap tentang 'tell me the truth' seperti yang dicanang PM selama ini maka apa yang didedahkan oleh Tan Sri Ambrin Buang dalam laporan audit negara, semuanya membuktikan tentang ketirisan, kebocoran, berlakunya ketidakadilan dan berlakunya ketidakseimbangan dalam pembahagian projek-projek ini.

"Kalau saya sebagai Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang bercakap tentang perkara ini dianggap membangkang dan tidak ada kerja lain,asyik mencari kesalahan kerajaan.

"Tetapi apa yang saya sebutkan, semuanya dilaporkan secara umumnya dalam Laporan Audit Negara," katanya yang mahu kerajaan sentiasa mengamalkan apa jua dasar yang dilafazkan dan mempraktikkannya demi manfaat rakyat keseluruhannya.

Tambahnya lagi ini sudah tentu sangat besar kesannya terhadap implikasi yang sedang berlaku terhadap projek-projek besar dalam negara yang melibatkan bukan sedikit wang rakyat.

"Negara kita boleh 'collapse', negara kita boleh runtuh dengan sistem yang ada seperti ini," katanya lagi. - mks.

Gaji Pak Lah Paling Tinggi - Perlekehkan Kelantan Pula

by greenboc
Analisis Isu

aPerdana Menteri berkata Kelantan mencatatkan pendapatan per kapita paling rendah iaitu hanya RM7,500 berbanding negeri-negeri lain bagi tahun 2005.



Pak Lah melupakan fakta bahawa pengagihan pendapatan di negara ini yang tidak seimbang dimana yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin dimana Pak Lah sendiri kini menerima lebih RM56,000 sebulan, menyamai elaun yang diperolehi oleh sultan-sultan di negara ini.

Bernama hari ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar mstar, dengan niat yang tidak baik semata-mata untuk memperlekehkan Kelantan telah mengeluarkan tajuk berita " Kelantan catat pendapatan per kapita paling rendah, kata PM".

Pak Lah dilaporkan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan M. Kulasegaran (DAP Ipoh Barat) di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata negeri yang mencatat pendapatan per kapita paling tinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu RM36,597, diikuti Pulau Pinang (RM27,391), Terengganu (RM27,140) dan Selangor (RM23,333).

Negeri-negeri lain iaitu Melaka mencatat RM19,436, Johor (RM18,175), Negeri Sembilan (RM17,182), Sarawak (RM17,004), Perak (RM15,458), Pahang (RM12,384), Perlis (RM12,302), Sabah (RM11,414) dan Kedah (RM11,161).

Sesuatu yang perlu diketahui pendapatan per kapita yang tinggi sama sekali bukan merupakan jaminan tidak adanya kemiskinan absolut di dalam negeri berkenaan dan ukuran pendapatan per kapita bukanlah ukuran kemakmuran yang sebenar.

Pendapatn per kapita yang dikira mengikut pendapatan purata penduduk melupakan aspek pengagihan, dimana terdapatnya kelompok minoriti di dalam negar ni yang menerima pendapatan jauh lebih tinggi dari pendapatan purata itu berbanding dengan majoriti rakyat.

Kita lihat di bawahUndang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005, kita akan melihat berapa sebenarna yang diperolehi oleh Pak Lah.

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan

Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59

Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah… dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Maka itu sebab mengapa menteri-menteri termasuk Pak Lah tidak hairan dengan sebarang kenaikan harga barang, minyak atau tol, tetapi amat disengsarai oleh rakyat marhaen.

Salam ukhwah

salam ukhwah




© 2007 Berjuang Sampai Mati I Home | Blogger Templates by Abu Handzolah.
Artikel yang ditulis adalah satu pandangan peribadi sahaja, tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak atau dipaksa. written by Mohd Razi Musa.